Pages

Wednesday, January 5, 2011

Tahun Baru 2011


    http://kelakargila.blogspot.com

Monday, October 4, 2010


James Thurber:

"  All men should strive to learn before they die, what they are running from, and to, and why."

Monday, September 20, 2010

PeRCaYaLaH!!

"  Percaya kepada diri sendiri ialah rahsia pertama untuk mencapai kejayaan."

- Ralph Waldo Emarson

Sunday, August 29, 2010

Ber - DOA - lah!!



"  Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!"  

- (Profesor Dr. Hamka) -

Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa ada untuk mendengar segala rinithan & harapan...

Diam Bukan Bererti Kalah

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: 

"  Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya." 

(Riwayat al-Tirmizi)

Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor adalah:

  • Berkata-kata yang tidak berfaedah.
  • Berlebih-lebihan apabila bercakap.
  • Suka bercakap yang batil.
  • Banyak memaki hamun.
  • Suka bertengkar/bertikam lidah.
  • Mencari-cari kesalahan orang lain.
  • Suka mengumpat.
  • Bergurau secara berlebihan.
  • Suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
  • Bersumpah palsu.
  • Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
Oleh sebab itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi & maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapan, maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar kata-katanya, maka kasarlah keperibadiannya.


(Sumber: Majalah Solusi - Isu No. 22 oleh Rashidah Mustaffa)

Doaku Untukmu..

Ahmad & Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan & kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa, " jawab Ali.

"Doa kau?" Ali pula bertanya. Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari Ali memberitahu Ahmad berita gembira.

"Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.

"Aku berdoa semoga isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing-masing berdoa. Sejurus usai berdoa, Ali betanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?" Ahmad senyum, masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."

"Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"Insya-Allah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.

"Bagaimana dengan anak kau?", tanya Ali.

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau...", kata Ali.

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum.

Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur alhamdulillah."

"Doa yang mana?Sebab aku lihat tidak ada apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepada-Nya!."



Pengajaran:

Doa kita untuk sahabat, saudara-mara & orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia selalu mementingkan diri sendiri, sekalipun dalam doanya kepada Allah!

(Sumber: Majalah Solusi - Isu No. 22 )

Tuesday, August 24, 2010